Wednesday, June 17, 2009

Sistem Log : Pengenalan


Pengenalan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)
Program ini membantu merekod log penggunaan setiap komputer yang disambungkan melalui rangkaian (network). Program ini juga menggantikan "BUKU LOG PENGGUNAAN KOMPUTER" yang berada di Makmal-makmal komputer, Pusat Akses dan ditempat lain yang mempunyai rangkaian komputer setempat (LAN) mahupun (WAN).

Kelebihan Sistem SisLog?
    - Dapat merekod log penggunaan komputer dengan lebih efisyen.
    - Dapat menganalisis data log secara professional.
    - Dapat menjana laporan harian, bulanan dan juga tahunan dengan lebih terperinci.
    - Dapat menjimatkan masa serta kos untuk membuat "BUKU LOG" yang berada di makmal komputer.
    - Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempraktikkan budaya celik IT dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kerja seharian.

Platfom
Program ini ditulis diatas platfom Microsoft Windows, jadi hanya platfom Windows sahaja yang boleh gunapakai sistem ini. Kepada mereka yang menggunakan Mac OS, Linux, dan selain dari itu minta maafla yer. Mungkin akan datang akan ada versi platfom sedemikian pulak. Insyaallah..

Keperluan Sistem Minima
    - Microsoft Windows 98 ke atas.
    - Microsoft Office 2000 ke atas.
    - 64 MB RAM ke atas.

Terma & Syarat Penggunaan (MESTI BACA)
Penulis program ini tidak akan bertanggungjawab keatas kelalaian, kecelaruan, ketidaksiuman pengguna mengguna pakai, mahupun kesalahan diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menggunakan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog) ini.

Tidak dibenarkan memanipulasikan program ini, seperti membuat salinan, mengubahsuai, diulangterbit, muat turun bahan, muat naik beban, dipos, dipindahkan serta menjual sistem ini tanpa sebarang surat, tawaran atau pemberitahuan kepada penulis program ini.

Dengan memasang program SisLog ini, anda secara tidak langsung telah mempersetujui dan mengakui semua terma & syarat penggunaan sistem ini.

Kepada mereka yang ingin memberikan cadangan/kritikan/lain-lain lagi, silalah emailkan kepada penulis program SisLog ini di alamat email mr.putera@gmail.com atau terus ke Yahoo! Messenger (YM) ID mr.putera

Bidang Kuasa
Memandangkan penulis ini berada di dalam Malaysia, perjanjian ini dipengaruhi dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya mahkamah bidang kuasa mendapati sebarang bahagian di dalam perjanjian kosong dan tidak boleh dikuatkuasa, yang selebihnya perlu di kuatkuasakan dan mahkamah patut menggunakan kekuasaannya untuk mengubahnya bagi tujuan memenuhi maksud asal perjanjian ini kepada kebenaran menyeluruh oleh undang-undang.

No comments:

Post a Comment